Dari semenjak kami bermula lagi, fokus utama adalah untuk menyediakan pekerja kepada majikan di dalam kuantiti yang minima atau sederhana bagi memastikan ianya masih dalam kemampuan pihak syarikat dalam soal pengurusan supaya ianya tidak akan menjadi beban kepada mana-mana pihak terlibat terutamanya syarikat dan majikan itu sendiri.
Prinsip kami adalah untuk memegang amanah & kepercayaan yang para pelanggan berikan dalam membekal pekerja yang berkemampuan dengan posisi kerja atau skop yang diperlukan selain memastikan sekiranya wujud isu, ianya mampu diatasi melalui S.O.P yang ada dan juga tindakan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.